BEKAS Vokalis Kumpulan Exist Berdepan Hukuman Penjara

BEKAS Vokalis Kumpulan Exist Berdepan Hukuman Penjara




BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mamat berhadapan dengan hukuman penjara selama lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah dua tahun lalu.

Mamat atau nama nama sebenarnya Mohamad Ali Kamarudin, 37 didakwa telah memasukkan dadah jenis Amphetamine dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Raub telah menjatuhkan hukuman denda RM4,500 atau penjara lapan bulan terhadapnya, semalam.

Bagaimanapun, Mamat yang tidak mampu membayar denda sebanyak RM4,500 memilih untuk menjalani hukuman penjara.
Memetik laporan Roti Kaya, penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu ini bakal menjalani hukuman di Penjara Bentong selama lapan bulan.

Pelakon Direman ?? BACA SINI !!!

Pada 27 Mac lalu, Mamat sekali lagi ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas disyaki mengambil dadah Amphetamine namun kes tersebut masih belum didakwa.

Bagaimanapun, atas kesalahan itu Mamat bakal berhadapan dengan denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika disabit kesalahan.



Sumber: MYNEWSHUB.CC

0 Response to "BEKAS Vokalis Kumpulan Exist Berdepan Hukuman Penjara"

Post a Comment