4 Syarikat Mengekalkan Harga Tambah Nilai Prabayar Sebelum GST

EMPAT syarikat utama telekomunikasi tempatan setuju untuk mengekalkan harga kad tambah nilai prabayar kepada kadar asal sebelum GST dilaksanakan. - Foto hiasan

4 Syarikat Mengekalkan Harga Tambah Nilai Prabayar Sebelum GST




SHAH ALAM: Empat syarikat utama telekomunikasi tempatan setuju untuk mengekalkan harga kad tambah nilai prabayar kepada kadar asal sebelum GST dilaksanakan.

Pengekalan nilai itu susulan persetujuan syarikat telekomunikasi untuk memberi bonus masa berbual dan SMS bagi memastikan pengguna prabayar mendapat nilai prabayar seperti yang dibayar meskipun GST dikenakan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan selepas melawat Proton Holdings Bhd di sini hari ini.

Ahmad berkata, empat syarikat telekomunikasi berkenaan Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile setuju berbuat demikian selepas sesi perbincangan dengannya pagi tadi.

Katanya, empat syarikat telekomunikasi berkenaan berjanji dapat melaksanakan kadar yang dipersetujui itu dalam tempoh sebulan kerana mereka perlu mengubahsuai semula sistem mereka.

0 Response to "4 Syarikat Mengekalkan Harga Tambah Nilai Prabayar Sebelum GST"

Post a Comment