Awal Ashaari Terselamat Dari Kemalangan Jalan Raya Dan Tidak Mengalami Kecederaan Serius
AWAL Ashaari mengesahkan dirinya selamat dan tidak mengalami kecederaan serius selepas dimasukkan ke Hospital Besar Melaka, berikutan terlibat dalam kemalangan, pagi semalam.
Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, ketika pelakon dan pengacara ini bersama rakannya dalam perjalanan ke Melaka untuk siaran Melodi di tapak Jom Heboh.
Sama-sama kita doakan, kesihatan Awal dan rakannya segera pulih agar dapat kembali bersama keluarga tercinta seperti biasa.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Awal Ashaari Terselamat Dari Kemalangan Jalan Raya Dan Tidak Mengalami Kecederaan Serius"
Post a Comment